Muamalat

Panduan:
Mu’amalat ertinya ekonomi.
Tujuannya untuk menjaga maslahat manusia.
Supaya tidak ada gharar, riba, penipuan, kezaliman, rasuah, judi, tamak, monopoli, spekulasi dan tidak diperbodohkan.
Aktiviti ekonomi Islam mestilah ada unsur kasih sayang, tolong menolong, sedekah, hadiah, kebajikan, telus, amanah, kerja sama yang kesemuanya akan dihisab di Padang Mahsyar kelak.
Peringatan kepada orang yang tamak dan zalim sebenarnya kekayaan itu hanya di hujung mata. Jika mata sudah buta maka semuanya tidak bernilai. Susah payah mengumpulkan harta secara zalim meyebabkan namanya tercatat di neraka sedangkan harta yang ditinggalkan untuk orang lain.

Allah swt menjadikan manusia berserta keperluan mereka hanya untuk menguji siapakah yang lebih baik amalannya.